Thursday, 20 October 2011

Safiq Rahim Ada Senjata Pemusnah Benam Terengganu di Separuh akhir 2 Piala Malaysia 2011

foto Kosmo
Malam esok (Sabtu,22 Oct) game kedua Piala Malaysia 2011 di antara Selangor vs Terengganu. Selepas dibudak sekolahkan 2-0 oleh Terengganu di Shah Alam, peluang Selangor ke final nampak susah sikit. Coach P.Maniam cakap masih ada harapan  dan "kita akan buru 3 gol awal nanti". Itu kata dia laa. Korang setuju? Pakcik setuju sangat...Pasal pakcik ni anak jati Selangor..hehe.

Tapi kalau nak menang, player2 Selangor mesti follow nasihat  tektikal pakcik.Okeh?

Penjaga Gol-G Jeevananthan:
Kau perlu fokus machaa...Dalam bolasepak moden ni, striker jaringkan gol dengan banyak cara.Guna lutut pun boleh, macam gol pertama hari tu.Mesti kau tak jangka gol selawak gitu,kan?So, fokus 200%! Jangan kasi Striker Terengganu skor gol guna gigi lak nanti.Kau malu, pakcik laaaagiii malu!

P.Gunalan(C)/Pertahanan:
Pakcik rimas tengok helmet kau tu.Pakcik tau kau nak utamakan keselamatan, tapi helmet kau tu tak sesuai.Ganggu gaya permainan kau je pakcik tengok.Jadi kau kena tukar topi tu..pakai topi koboi.

Amirulhadi Zainal (Pemain Sayap):
Dah nama pun pemain sayap, patutnya tugas kau bila dapat bola, gunakan kepantasan dan skill drible kau untuk pecah benteng pertahanan lawan dari sebelah kiri atau kanan.Tapi kau tahan bola pun tak lekat! Banyak kali pulak tu!Kecewa pakcik tau...Lagi satu pakcik nak pesan.Kau perlu lambungkan lebih banyak bola pada striker dari tepi.Itu tugas kau..bukan kerja penjaga garisan.

Hardi Jaafar (Pemain Tengah):
Pakcik mohon jasa baik kau supaya jangan main langsung.Kau patut duduk di bangku simpanan..minum sirap jangan main bola. Pakcik bukan benci kau sebab kau botak..tapi kau tak ada fungsi dalam team.Ikhlas pakcik cakap,kau tak reti main bola...

Fadzli Shaari (Striker):
Kau pun sama.Jangan main langsung! Kau berat bontot..Kau bukan Drogba.
  
Safiq Rahim (Tengah):
Pakcik suka cara kau main walaupun baru-baru ni macam hampagas.Kau pakar sepakan percuma Selangor dan Malaysia, tapi kena aim betul2. Tiang dan palang gol bola tak setinggi macam gol rugby.Jadi kawal sepakan kau.Di bahu kau saja pakcik letak harapan.Kalau kau tengah tip top, pakcik percaya bukan setakat nak cari 3 gol...30 gol pun ko boleh skor melalui sepakan percuma!

Pemain-pemain lain:
Korang semua perlu jatuhkan badan di luar kotak penalti lawan sekerap yang boleh.Lagi bagus 30 kali jatuh pun takpe.Bila dapat 30 free kick, takkan lah sebiji pun Safiq Rahim tak boleh skor, kan?Bijak tak pakcik?

Lagi satu pakcik harapkan permainan nanti berlangsung secara profesional dan menghiburkan.Tak payah buat pertunjukan badut sarkas untuk hiburkan hati pakcik yang sepi ni.Asalkan korang main hebat, saling serang menyerang pun pakcik dah puas hati.Padang tu luas, 10 biji helikopter boleh mendarat serentak atas padang. Jangan pulak korang asyik main sepak bola out, atau main tepi line saja.Lanyak sepenuhnya setiap inci rumput dan padang stadium.Pakcik tau la niat korang main tepi2 tu sebab  ada  abang cameraman, kan? 

Last sekali pakcik doakan semoga korang berjaya di Terengganu nanti.Pakcik tak dapat ikut.Jauh sangat.Tiket free pun korang bukan nak bagi pada pakcik yang die hard fan dari bayi lagi ni. Pandai-pandailah korang bereksperimen dengan nasihat pakcik tu.Mana yang baik jadikan teladan, yang tak elok tu buang dalam jamban.

Pakcik setia nantikan kedatangan korang di final Piala Malaysia di Shah Alam.Tak kira siapa pun yang menang,pakcik tetap jugak seorang pemenang.

Sekian,

Majulah Sukan Untuk Majalah Mangga.


Pakcik Ajis Ngadiman
(Penjual Aiskrim di Stadium Shah Alam Tiap Kali Musim Bola) 
       

  

   

Wednesday, 19 October 2011

Cita-Cita Dan Air Mata

Aku ingat lagi masa dalam darjah 6 Anggur, ada sorang cikgu perempuan bertanya mengenai  cita-cita masing-masing bila besar nanti. Dah umur 12 tahun semua  murid mesti kena ada cita-cita, kan? Kalau tidak, buat apa penat-penat datang ke sekolah hari-hari atau belajar pandai-pandai sampai cucur atap.Baik main guli jerr..

Maybe cikgu tu bukak pasal topik cita-cita sebab nak uji seluas mana fikiran anak-anak murid dia berkembang. Dia nak tengok sama ada pemikiran kami setinggi Awan Dania atau pun separas level pucuk ubi kayu saja. Tapi awal-awal lagi dia dah bagi warning tak nak dengar sesiapa pun cakap "saya nak jadi penoreh getah, macam abah saya"!

"Itu bukan cita-cita!Awak semua jangan pernah ada sekali pun terniat nak warisi kerja menoreh  pokok getah ni.Kerja tu susah, hari-hari mak-bapak awak terpaksa hidu bau busuk getah sekerap.Tiap-tiap pagi derma darah percuma pada nyamuk... Kadang-kadang berdepan dengan ancaman lipan, kala jengking dan ular. Atau gajah liar..Duit gaji tak banyak mana.Cuma manusia yang tabah dan semulia mak bapak  awak semua saja yang sanggup bekerja macam tu." Kata cikgu aku sejujurnya.

Damn it! Aku totally agreed..

Cikgu tu bukan nak menghina atau pandang rendah pada sesiapa.Dia pun anak penoreh getah macam aku jugak!

So seorang demi seorang akan bangun dan maklumkan cita-cita yang terpendam. Jawapan budak-budak perempuan sangat standard dan skema iaitu nak jadi pensyarah,ustazah, setiausaha pejabat, cikgu-cikgi, nurse atau kerani.Balik-balik itu saja yang diulang-ulang.Cuma ada sorang saja kawan sedarjah aku tu nak jadi peguam. Tinggi impian dia, tapi aku yakin dia boleh, sebab dia paling pandai dalam kelas. Tiap-tiap kali exam dan ujian mesti dia nombor satu! Yang pasti tak ada seorang pun daripada girlie girl dalam darjah 6 Anggur ni berani cakap nak jadi surirumahtangga sepenuh masa atau Desperate Housewives.Belum akil baligh lagi masa tu kot...

Yang lelaki pulak dah semestinya nak bajet cool. Mana boleh cita-cita kitorang sama macam geng perempuan. Tak maskulin lah kan,budak lelaki seperti Atan yang cukup handal memangkah gasing pihak lawan sampai terbarai masa rehat,  pilih cita-cita nak jadi cikgu-cikgi. Mana Kamal Unta, gedebe dan pembuli dalam kelas kami nak sorok muka kalau dia cakap nak jadi kerani? Paling tidak  pun, dia patut bercita-cita menjadi seorang Hulk Hogan.

Jadi kecenderungan budak lelaki masa tu ramai yang nak jadi askar( hanya orang gagah jer boleh pegang senapang), polis(dapat tembak orang jahat dan buat roadblock atas jalan),pilot(dia ni suka buat kapal terbang kertas), posmen(hobi dia mengumpul setem) dan kontraktor kelas F.Yang nak jadi Satria Baja Hitam, Polis Angkasa Gaban dan He Man pun ada..tapi 3 orang pahlawan ni didenda berdiri atas kerusi sampai habis kelas..banyak main.

Sangat gagah berani, murni, kool dan Kopi Jantan cita-cita budak lelaki yang baru mumaiyiz pada zaman awal tahun 90an kan?heh:)

Tapi bila dah dewasa dan masing-masing habis study, tak ada seorang pun berjaya mencapai impian dan cita-cita masa kecil mereka...Termasuklah aku dan korang. Why? Why?...






*ps: Cita-cita aku dulu nak jadi Idola Kecil.Damn!