![]() |
| foto Kosmo |
Malam esok (Sabtu,22 Oct) game kedua Piala Malaysia 2011 di antara Selangor vs Terengganu. Selepas dibudak sekolahkan 2-0 oleh Terengganu di Shah Alam, peluang Selangor ke final nampak susah sikit. Coach P.Maniam cakap masih ada harapan dan "kita akan buru 3 gol awal nanti". Itu kata dia laa. Korang setuju? Pakcik setuju sangat...Pasal pakcik ni anak jati Selangor..hehe.
Tapi kalau nak menang, player2 Selangor mesti follow nasihat tektikal pakcik.Okeh?
Penjaga Gol-G Jeevananthan:
Kau perlu fokus machaa...Dalam bolasepak moden ni, striker jaringkan gol dengan banyak cara.Guna lutut pun boleh, macam gol pertama hari tu.Mesti kau tak jangka gol selawak gitu,kan?So, fokus 200%! Jangan kasi Striker Terengganu skor gol guna gigi lak nanti.Kau malu, pakcik laaaagiii malu!
P.Gunalan(C)/Pertahanan:
Pakcik rimas tengok helmet kau tu.Pakcik tau kau nak utamakan keselamatan, tapi helmet kau tu tak sesuai.Ganggu gaya permainan kau je pakcik tengok.Jadi kau kena tukar topi tu..pakai topi koboi.
Amirulhadi Zainal (Pemain Sayap):
Dah nama pun pemain sayap, patutnya tugas kau bila dapat bola, gunakan kepantasan dan skill drible kau untuk pecah benteng pertahanan lawan dari sebelah kiri atau kanan.Tapi kau tahan bola pun tak lekat! Banyak kali pulak tu!Kecewa pakcik tau...Lagi satu pakcik nak pesan.Kau perlu lambungkan lebih banyak bola pada striker dari tepi.Itu tugas kau..bukan kerja penjaga garisan.
Hardi Jaafar (Pemain Tengah):
Pakcik mohon jasa baik kau supaya jangan main langsung.Kau patut duduk di bangku simpanan..minum sirap jangan main bola. Pakcik bukan benci kau sebab kau botak..tapi kau tak ada fungsi dalam team.Ikhlas pakcik cakap,kau tak reti main bola...
Fadzli Shaari (Striker):
Kau pun sama.Jangan main langsung! Kau berat bontot..Kau bukan Drogba.
Safiq Rahim (Tengah):
Pakcik suka cara kau main walaupun baru-baru ni macam hampagas.Kau pakar sepakan percuma Selangor dan Malaysia, tapi kena aim betul2. Tiang dan palang gol bola tak setinggi macam gol rugby.Jadi kawal sepakan kau.Di bahu kau saja pakcik letak harapan.Kalau kau tengah tip top, pakcik percaya bukan setakat nak cari 3 gol...30 gol pun ko boleh skor melalui sepakan percuma!
Pemain-pemain lain:
Korang semua perlu jatuhkan badan di luar kotak penalti lawan sekerap yang boleh.Lagi bagus 30 kali jatuh pun takpe.Bila dapat 30 free kick, takkan lah sebiji pun Safiq Rahim tak boleh skor, kan?Bijak tak pakcik?
Lagi satu pakcik harapkan permainan nanti berlangsung secara profesional dan menghiburkan.Tak payah buat pertunjukan badut sarkas untuk hiburkan hati pakcik yang sepi ni.Asalkan korang main hebat, saling serang menyerang pun pakcik dah puas hati.Padang tu luas, 10 biji helikopter boleh mendarat serentak atas padang. Jangan pulak korang asyik main sepak bola out, atau main tepi line saja.Lanyak sepenuhnya setiap inci rumput dan padang stadium.Pakcik tau la niat korang main tepi2 tu sebab ada abang cameraman, kan?
Last sekali pakcik doakan semoga korang berjaya di Terengganu nanti.Pakcik tak dapat ikut.Jauh sangat.Tiket free pun korang bukan nak bagi pada pakcik yang die hard fan dari bayi lagi ni. Pandai-pandailah korang bereksperimen dengan nasihat pakcik tu.Mana yang baik jadikan teladan, yang tak elok tu buang dalam jamban.
Pakcik setia nantikan kedatangan korang di final Piala Malaysia di Shah Alam.Tak kira siapa pun yang menang,pakcik tetap jugak seorang pemenang.
Sekian,
Majulah Sukan Untuk Majalah Mangga.
Pakcik Ajis Ngadiman
(Penjual Aiskrim di Stadium Shah Alam Tiap Kali Musim Bola)

No comments:
Post a Comment