Aku ingat lagi masa dalam darjah 6 Anggur, ada sorang cikgu perempuan bertanya mengenai cita-cita masing-masing bila besar nanti. Dah umur 12 tahun semua murid mesti kena ada cita-cita, kan? Kalau tidak, buat apa penat-penat datang ke sekolah hari-hari atau belajar pandai-pandai sampai cucur atap.Baik main guli jerr..
Maybe cikgu tu bukak pasal topik cita-cita sebab nak uji seluas mana fikiran anak-anak murid dia berkembang. Dia nak tengok sama ada pemikiran kami setinggi Awan Dania atau pun separas level pucuk ubi kayu saja. Tapi awal-awal lagi dia dah bagi warning tak nak dengar sesiapa pun cakap "saya nak jadi penoreh getah, macam abah saya"!
"Itu bukan cita-cita!Awak semua jangan pernah ada sekali pun terniat nak warisi kerja menoreh pokok getah ni.Kerja tu susah, hari-hari mak-bapak awak terpaksa hidu bau busuk getah sekerap.Tiap-tiap pagi derma darah percuma pada nyamuk... Kadang-kadang berdepan dengan ancaman lipan, kala jengking dan ular. Atau gajah liar..Duit gaji tak banyak mana.Cuma manusia yang tabah dan semulia mak bapak awak semua saja yang sanggup bekerja macam tu." Kata cikgu aku sejujurnya.
Damn it! Aku totally agreed..
Cikgu tu bukan nak menghina atau pandang rendah pada sesiapa.Dia pun anak penoreh getah macam aku jugak!
So seorang demi seorang akan bangun dan maklumkan cita-cita yang terpendam. Jawapan budak-budak perempuan sangat standard dan skema iaitu nak jadi pensyarah,ustazah, setiausaha pejabat, cikgu-cikgi, nurse atau kerani.Balik-balik itu saja yang diulang-ulang.Cuma ada sorang saja kawan sedarjah aku tu nak jadi peguam. Tinggi impian dia, tapi aku yakin dia boleh, sebab dia paling pandai dalam kelas. Tiap-tiap kali exam dan ujian mesti dia nombor satu! Yang pasti tak ada seorang pun daripada girlie girl dalam darjah 6 Anggur ni berani cakap nak jadi surirumahtangga sepenuh masa atau Desperate Housewives.Belum akil baligh lagi masa tu kot...
Yang lelaki pulak dah semestinya nak bajet cool. Mana boleh cita-cita kitorang sama macam geng perempuan. Tak maskulin lah kan,budak lelaki seperti Atan yang cukup handal memangkah gasing pihak lawan sampai terbarai masa rehat, pilih cita-cita nak jadi cikgu-cikgi. Mana Kamal Unta, gedebe dan pembuli dalam kelas kami nak sorok muka kalau dia cakap nak jadi kerani? Paling tidak pun, dia patut bercita-cita menjadi seorang Hulk Hogan.
Jadi kecenderungan budak lelaki masa tu ramai yang nak jadi askar( hanya orang gagah jer boleh pegang senapang), polis(dapat tembak orang jahat dan buat roadblock atas jalan),pilot(dia ni suka buat kapal terbang kertas), posmen(hobi dia mengumpul setem) dan kontraktor kelas F.Yang nak jadi Satria Baja Hitam, Polis Angkasa Gaban dan He Man pun ada..tapi 3 orang pahlawan ni didenda berdiri atas kerusi sampai habis kelas..banyak main.
Sangat gagah berani, murni, kool dan Kopi Jantan cita-cita budak lelaki yang baru mumaiyiz pada zaman awal tahun 90an kan?heh:)
Tapi bila dah dewasa dan masing-masing habis study, tak ada seorang pun berjaya mencapai impian dan cita-cita masa kecil mereka...Termasuklah aku dan korang. Why? Why?...
*ps: Cita-cita aku dulu nak jadi Idola Kecil.Damn!

No comments:
Post a Comment